loading...

Pelajar Putus Kaki Terima Sumbangan PM

KLANG – Insiden malang menimpa Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori, Isnin lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghulurkan sumbangan individu berjumlah RM10,000.

 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pagi ini.

 

Abdul Azeez turut mengumumkan sumbangan sepasang kaki palsu kepada Siti Nuraisyah daripada Biro Kebajikan UMNO.

 

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji berkata, Siti Nuraisyah turut menerima tajaan menunaikan umrah bersama ibu dan bapanya selepas ini. – UTUSAN

Previous
Next Post »
loading...