loading...

Jenner tulis memoir kisah hidupnya

NEW YORK: Caitlyn Jenner kini dalam perancangan menghasilkan sebuah buku, yang menceritakan perubahan besar dalam hidupnya.

 

Syarikat penerbitan Grand Central Publishing mengumumkan bercadang menerbitkan buku memoir Jenner, seorang aktivis transgender, bintang realiti televisyen serta bekas pemenang Olimpik pada tahun 1976.

 

Buku itu, yang ketika ini belum diberi tajuk akan ditulis bersama penulis “Friday Night Lights”, Buzz Bissinger, yang menulis kisah muka depan majalah Vanity Fair mengenai Jenner.

 

Menurut Grand Central, memoir itu akan menceritakan kehidupan Jenner daripada “Bruce kepada Caitlyn dan peralihan beraninya sebagai wanita.”

 

Jenner, 66, mengumumkan mahu menjadi wanita dalam satu temu bual bersama Diane Sawyer, April lalu. – AP

Previous
Next Post »
loading...