loading...

Tak Payah Beli Susu, Guna Susu Tepung Anak Je Buatkan Makaroni Carbonara Untuk Anak, Sama Sedap!

Antara makanan paling mudah disediakan buat anak-anak kita yang sedang membesar adalah menyediakan beraneka pasta buat anak-anak kita. Namun malangnya, ketika idea datang untuk memasak, bekalan stok makanan di rumah pula tiada.

Sudahnya impian terbantut di situ. Jangan cemas kerana anda boleh berkreatif dengan masakan. Macaroni carbonara ini misalnya, tidak perlukan susu cair, hanya gunakan susu tepung anak sahaja. Mudah. Jangan peningkan kepala.

Penggunaan susu tepung anak tidak mencacatkan rasa carbonara itu sendiri bahkan rasanya lagi mantap dan berlemak. Cuma lebihkan sedikit kuantitinya supaya ia lebih pekat. Tak caya? Jom cuba!

Bahan-bahan:
1 mangkuk makaroni -direbus dengan sedikit minyak
2 ulas bawang putih -dicincang
Sedikit ayam -dihiris halus
1-2 keping keju
4 sudu makan susu tepung
Sedikit sayuran
Serbuk ayam homemade -perasa
1 sudu marjerin

Rebus dulu makaroni sampai masak. Kemudian angkat dan toskan sekejap. Biar sejuk. 

Cairkan marjerin di dalam kuali. Bila sudah panaskan, tumiskan bawang putih cincang sampai kekuningan.

Bancuh susu tepung dengan sedikit air kemudian masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga mendidih.

Masukkan 1 atau 2 keping keju dan kacau lagi sampai sebati.

Apabila mendidih, barulah masukkan makaroni yang sudah siap direbus. Kacau sampai pekat.

Siap. Pekat!

Previous
Next Post »
loading...