Siapa yang tidak jatuh hati dengan kekacakan dan juga perwatakan maskulin Zul Ariffin malah Fathia Latiff yang bergandingan bersama pelakon lelaki tersebut juga turut terkena tempiasnya ketika berlakon bersama dalam drama yang menggandingkan mereka berdua.
BACA: Aiman Hakim Akui Masih Sayang Fathia Latiff
“Saya dan Zul, kami mempunyai cara lakonan yang berbeza jadi sebab itu pada awalnya kami mengambil masa untuk membina keserasian. Apa yang saya buat, saya bayangkan yang Zul seolah-olah benar-benar suami saya”
“Bagi saya, bergandingan dengan Zul dia sangat profesional dan mencabar kerana dia banyak memberikan elemen kejutan dalam lakonannya terutama babak romantik. Kadang-kadang tu dia sweet sangat sampai buat saya rasa gementar dan jadi agak malu-malu,” katanya kepada portal Malaysia Digest.
Sebelum Fathia Latiff, Ayda Jebat sendiri turut merasai bahang kemanis Zul Ariffin malah peminat Ayda sehingga kini masih menyimpan harapan agar pasangan tersebut disatukan. Apa pun, mungkin juga ada peminat baru yang akan muncul selepas mereka menonton drama Menanti Februari yang sedang ditayangkan kini. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW