loading...

Shaheizy Sam Bina Rumah Untuk Anak Sulung

Teruja menimang cahaya mata pertama, bukan setakat membuat persiapan dari segi membeli pakaian anak malah Shaheizy Sam turut membina sebuah rumah baru untuk kelahiran bayi itu nanti. Pembinaan rumah baru itu sudah lama dirancang namun hanya sekarang baru dapat dibina, yang turut bersebelahan dengan rumah ibu Sam.

BACA: Shaheizy Sam Teruja Bergelar Bapa, Tujuh Kali Buat Imbasan

“Sam sangat teruja untuk menimang cahaya mata sehingga membina rumah untuknya. Tambahan pula, sambutan Hari Raya kali ini akan jadi lebih meriah dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga. Sam sendiri tidak menyangka mendapat zuriat. Maklum saja, sebagai anak bongsu, Sam sentiasa berasakan diri ini sebagai adik”

“Jadi, dalam kepala masih terfikir diri Sam masih kecil, sedangkan kini sudah pun beristeri dan bakal menjadi bapa. Kadang-kadang, apabila berjumpa dengan orang muda, Sam rasa mereka lebih tua daripada Sam. Tiba-tiba, apabila hendak mendapat anak, baru terfikir, Sam bukan muda lagi,” katanya kepada Berita Harian Online.

Ditanya pula mengenai perkembangan isterinya, Syatilla Melvin, Sam memberitahu beliau bakal bersalin pada pertengahan bulan depan. Susulan itu pasti soalan kerjaya ditanya, bagi Sam, beliau tidak menghalang isterinya berlakon mahupun berhenti terus selepas bersalin nanti kerana masih ada perniagaan yang boleh diuruskannya. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...