loading...

Bercuti Di India Buat Ummi Nazeera Insaf

Mengakui pada mulanya terganggu dengan kehadiran peniaga kecil yang memaksa untuk membeli barangan di sana, pelakon Ummi Nazeera menyifatkan perkara tersebut dalam masa yang sama membuatkannya insaf.

BACA: Tiga Bulan Bertunang, Ummi Nazeera Akui Kerap Gaduh

“Mereka tidak berputus asa meyakinkan saya dan ibu supaya membeli barang yang dijual. Biarpun disuruh berhenti, mereka tetap datang dan merayu supaya kami mendapatkan barangan yang dibawa. Pada mulanya, saya agak terganggu kerana tidak biasa dengan situasi itu”

“Namun, pesanan ibu supaya jangan marah kerana itu cara mereka mencari wang untuk meneruskan hidup, menginsafkan diri ini. Ibu juga menasihati saya supaya membantu mereka walaupun sedikit kerana ia akan menggembirakan hidup orang lain,” katanya.

Malah pelakon itu turut kagum dengan kesungguhan rakyat di sana menyara hidup selain tidak pernah berputus asa demi mendapatkan nafkah dari hari ke hari.

“Kita kagum melihat kecantikan dan kehebatan seni bangunan Taj Mahal tetapi di sekelilingnya, ramai yang hidup melarat. Tunang saya berpesan, jika ke India, amati suasana dan persekitarannya. Saya akui sedih melihat masyarakatnya yang hidup daif dan pengalaman itu begitu berharga buat diri dan keluarga,” katanya kepada BH Online. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...