Jika masih ingat, nama Rita Rudaini pernah dikaitkan dalam pergolakkan rumah tangga pelakon, Aqasha. Setelah lama berdiam diri akhirnya Rita membuka mulut mengenainya. Jelasnya segala perbualan mesra diantaranya dan Aqasha yang tersebar itu hanyalah antara satu usaha untuk menjiwai watak yang diterimanya sebagai isteri Aqasha.
BACA: “Bukan Saya Tujukan Pada Rita Rudaini”
“Saya bukan baru hari ini kenal Aqasha, malah sejak dia berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan kami memang bersahabat baik. Baru-baru ini, kami sekali lagi berlakon bersama dalam Misi Laksa dan Laksam. Memang tidak dinafikan dalam menjayakan watak itu, sebagai kawan lama, kadangkala kami terlepas bergurau”
“Malah, orang produksi sendiri tahu bagaimana dalam kalangan kami bercanda. Cuma bagi orang luar yang tidak faham, pastinya susah untuk menerimanya. Bukan itu saja, dalam menjayakan watak itu kami membayangkan kalau kami benar-benar sebagai suami dan isteri, bagaimana situasinya. Berapa orang anak, rupa mereka macam mana”
“Cuma kadangkala, apabila mendapat projek berbeza sudah pasti cara untuk mewujudkan keserasian itu juga berbeza. Sekiranya ada perkara lain yang mahu ditanya, ada baiknya mereka tanyakan kepada Aqasha sendiri kerana yang mencetuskan isu ini bukan daripada pihak saya tetapi daripada pihak dia,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain daripada isu perbualan mesra mereka, ada juga dakwaan mengatakan Rita dan Aqasha sudah bernikah secara senyap. Namun Rita memilih untuk tidak memberikan komen mengenainya. Malah katanya, kenyataan ini juga dibuat kerana spekulasi ini kembali kerana beberapa sedutan drama gandingan mereka, Misi Laksa dan Laksam ditayangkan. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW