loading...

Sekitar Resepsi Perkahwinan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Entah mengapa, sejuk betul mata memandang majlis persandingan pengantin baru Sharnaaz Ahmad dan juga Noor Nabila yang diadakan di hotel The Royale Chulan, Damansara. Melalui perkongsian gambar di Instagram, ternyata peminat sangat mengagumi kemeriahan majlis tersebut.

BACA: Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Selamat Bernikah

Pada 31 Mac lalu pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di mana Sharnaaz telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000 dan wang hantaran dirahsiakan.

Melalui satu temubual bersama media, Sharnaaz mengakui dia mahukan anak yang ramai. Sementara itu, menurut Nabila, dia sangat memahami kerjaya Sharnaaz sebagai pelakon namun yakin suaminya itu tahu batasannya.

Apa pun, semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah. Pastinya selepas ini peminat menantikan lokasi berbulan madu mereka. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s)

Gambar Ihsan: Wedlocx



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...