Siapa tidak teruja menimang cahaya mata, apa lagi bayi pertama. Begitu juga dengan Hafidz Roshdi yang sudah mempunyai nama untuk anak pertamanya meskipun kandungan isteri baru mencecah empat bulan. Dalam masa yang sama, pengalaman lalu isteri keguguran membuatkan Hafidz lebih berwaspada dengan keadaan isterinya kini.
BACA: Isteri Alah Bau Badan Hafidz Roshdi
“Walaupun belum melakukan imbasan jantina anak, tak tahu kenapa naluri saya kuat mengatakan kami bakal dikurniakan anak lelaki. Begitu juga isteri yang inginkan anak lelaki. Disebabkan itu saya memilih nama Luth. Pada masa sama saya juga ada senaraikan tiga nama sekiranya anak perempuan. Namun dalam soal ini segalanya atas ketentuan Allah SWT”
“Kami sebenarnya tak kisah lelaki atau perempuan asalkan anak yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifat. Pengalaman lalu buatkan saya serik. Jadi apabila tahu isteri hamil kali kedua, saya terus larang dia buat kerja rumah atau apa saja aktiviti berat. Saya tak mahu insiden sama berulang,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.
Manakala apabila ditanya mengenai perkembangan terkini isterinya, Hafidz memberitahu bahawa isterinya masih mengalami alahan bau serta muntah-muntah. Namun kalau diikutkan keadaannya terdahulu yang alah bau Hafidz sendiri, kini keadaan isterinya lebih baik. Malah Hafidz dan isteri juga sudah mula membuat persiapan menyambut kelahiran bayi. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW