loading...

Ifa Raziah Akui Selesa Bertudung

Siapa sangka, perkongsian gambar bertudung litupnya mendapat reaksi positif di kalangan peminat dan juga pengikutnya di laman Instagram. Malah Ifa Raziah sendiri menjelaskan bahawa dia selesa berhijab.

BACA: Jangan Pertikai Gelaran Datuk Diterima Ifa Raziah

“Saya tiada masalah untuk mengenakan tutup kepala dan tetap boleh bergaya apabila bertudung. Doakan supaya hati saya terus tetap untuk bertudung apabila sampai masanya nanti. Apabila kita pakai tudung, kita bertanggungjawab dengan keputusan yang kita buat”

“Saya tidak mahu hipokrit, doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya kepada BH Online. Apa yang pasti, tindakan penyanyi tersebut pastinya membuatkan peminat tidak sabar-sabar menantikan Ifa untuk berhijrah.

Semoga apa yang diimpikan oleh Ifa Raziah akan dipermudahkan. Malah dia sendiri menghimpun harap agar peminatnya turut sama mendoakan agar hatinya mengambil keputusan untuk terus menutup aurat. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...