loading...

“Kami Sepatutnya Bertunang Dulu, Tapi…”

Baru baru ini, gambar pelakon yang dikenali melalui kontroversi bersama bekas lelaki Elly Mazlein iaitu Faye Kusairi yang sudah pun bernikah dengan pilihan hatinya itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan terutamanya kepada pihak media.

BACA: Gambar Di Sekitar Majlis Perkahwinan Faye Kusairi & Azmi Hatta

Pernikahannya dengan Azmi Hatta baru baru ini bagaikan tidak kena dengan kenyataan yang pernah dijelaskan sendiri oleh Faye bahawa mereka tidak akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun bagi Faye, apa yang terjadi sebenarnya adalah berbeza.

“Sepatutnya kami bertunang dulu namun ia dijadikan majlis pernikahan selepas berbincang dengan ahli keluarga seminggu sebelum berlangsung. Atas sebab itu jugalah kad kahwin saya pun tidak mempunyai sampul”

“Segala-galanya dibuat pada saat-saat akhir yang banyak dibantu oleh ahli keluar­ga dan kawan-kawan juga,” jelas Faye kepada Kosmo! Online. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dengan pilihan hati masing masing. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...