Jika tahun lalu rumah tangga pasangan ini dikatakan sedang bergolak, namun empunya badan menafikannya. Tetapi kali nampaknya perkahwinan yang dibina sudah tidak dapat diselamatkan lagi apabila Datuk seri Vida mengakui beliau dan suami sedang melalui proses perceraian.
BACA: Datuk Vida Nafi Rumahtangga Sedang Bergolak
“Buat masa ini lebih baik saya berdiam diri kerana dibimbangi ia akan mengeruhkan keadaan. Insya-Allah jika ada perkembangan lanjut saya akan kongsikan kepada anda semua,” katanya kepada Kosmo Online mengenai keputusannya dan suami untuk bercerai.
Tidak terlalu mendedahkan punca sebenar mereka berbuat demikian, Datuk Vida meminta agar orang ramai memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara itu. Bagaimanapun ada sumber mengatakan pergolakkan rumah tangga beliau sudah bermasalah sejak dua minggu lalu.
Terdahulu, dek kerana suaminya yang sibuk berkerja dan jarang berada di rumah, ada pihak mendakwa perkahwinan jutawan kosmetik itu bergoncang. Namun perkara itu dinafikan oleh Datuk Vida sendiri. Untuk pengetahuan, Datuk Vida dan suami, Fairuz Ahmad telah bernikah pada 2014 dan ianya juga merupakan perkahwinan ketiga bagi Datuk vida. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW