Kalau dilihat menerusi laman Instagram Mawar Rashid kebelakangan ini memang kelihatan begitu bahagia dengan cinta hati baru, Raf Yaakob. Malah beliau juga lebih terbuka dan seronok berkongsikan perkembangan hubungan cinta itu kepada peminatnya di laman sosial.
BACA: Mawar Rashid Tak Kisah Bercinta Dengan Duda
“Hubungan kami semakin serius dan tiada apa yang perlu disembunyikan tentang apa yang saya rasa bersama pengikut laman sosial saya. Lagi pula saya agak yakin dengan kesungguhan dia. Apa yang saya lakukan itu membuatkan saya dan dia gembira. Dia seorang yang matang, bertanggungjawab dan berkarisma yang mana memang menepati cita rasa saya”
“Biarpun dia berstatus duda tapi saya terima dia seadanya. Masih terlalu awal untuk ke arah itu (perkahwinan), kami baru masuk bulan keempat bercinta. Saya mahu fokus dengan kerjaya lakonan terlebih dahulu dan jika suatu hari nanti ada jodoh kami, Alhamdulillah,” katanya kepada M Star Online mengenai perkembangan hubungan mereka.
Sudah tiga bulan menjalinkan hubungan cinta, Mawar akui Raf mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Yakin dengan kesungguhan jejaka itu pula membuatkan Mawar berani mempamerkan aksi mesra secara terbuka. Bagaimana setakat ini Mawar masih belum terfikir soal kahwin berikutan keduanya masih dalam proses mengenali hati budi.
Kalau sudah sayang, tidak kisahlah apa statusnya sekali pun. Kalau dah jodoh pula tak akan ke mana. Tambah-tambah lagi keluarga Raf sudah mengetahui tentang hubungan mereka dan merestuinya. Apapun semoga Mawar akan terus bahagia dan dipercepatkan jodoh dengan si dia. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW