loading...

Isteri Kedua Gelar Adi Putra Penipu?

Jika sebelum ini Adi Putra tidak hadir di mahkamah di atas urusan penceraiannya, kali ini pelakon lelaki tersebut dilihat memuatnaik sekeping gambar (yang telah pun dipadamkan) di laman sosial berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri keduanya.

BACA: Adi Putra Sah Ceraikan Dua Isteri

Melalui screenshot dari yang tersebar di laman sosial, Adi turut mengeluarkan kenyataan balas mengenai dakwaan isteri keduanya itu yang menyatakan bahawa Adi adalah penipu selain turut menyatakan bahawa dirinya telah ‘ditikam dari belakang’ oleh orang yang dcintainya.

Sehingga kini Adi masih lagi enggan muncul dan berhadapan dengan pihak media sekaligus membuatkan peminat dan juga orang ramai tertanya tanya mengenai situasi sebenar pelakon ini.

Namun mungkin juga bila empunya diri sudah bersedia nanti, dia akan memberi kenyataan kepada pihak media seperti mana Adi pernah membuat sidang media demi menjelaskan kontroversi perkahwinan keduanya. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...