Tidak menjemput sebarang media ke upacara perkahwinan mereka terdahulu mungkin membuatkan segelintir pihak berkecil hati dengan pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Berkawan rapat dengan pelawak itu, Rahim menghormati keputusan kawannya itu namun berpendapat Jep perlu bersikap lebih matang dan menjaga hubungan baik dengan media.
BACA: Sekitar Sambutan Romantis Birthday Jep Sepahtu
“Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu. Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini”
“Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman kerana setiap hari mengadap muka. Ada benda yang perlu, saya nasihat. Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabnya pun akan lebih. Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya,” katanya kepada Projek MMO.
Sementara itu, Rahim yang juga penyampai radio terlibat sama dalam segmen Sepahtu Sinar, berharap kerjasamanya bersama Jep dan Shuib akan kekal lebih lama walaupun ada kalanya mereka juga berselisihan faham pendapat. Apapun kawan mana tidak sayangkan kawan bukan, mana kurang ditegur agar sama-sama boleh perbaiki diri. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW