loading...

Kenapa Peniaga Melayu Masih Mundur?

Bukan mudah untuk membina sebuah empayar perniagaan yang mampu bertahan dan terus hidup dari tahun ke tahun berikutnya. Namun perkara yang lebih sukar adalah untuk membina perniagaan dengan betul sejak dari permulaan lagi.

Malah ada yang mengeluh kerana perniagaan dari kaum Melayu yang diusahakan tidak mampu pergi jauh. Jalan mudahnya, kita menyalahkan persaingan dari bangsa lain pula sedangkan pelbagai faktor turut menyumbang kepada keadaan sebegini.

Antara faktor yang seringkali menjadi punca kegagalan usahawan adalah kerana tidak bersedia untuk bekerja lebih masa. Harus diingat, kejayaan yang dikongsikan di sosial media oleh oleh mereka yang sudah berjaya bukanlah hanya berlaku sekelip mata.

Lebih menyedihkan lagi, pastinya ramai usahawan yang baru berjinak jinak untuk membina empayar ini enggan selain tidak bersedia untuk menghadapi sebarang krisis atau masalah dalam meneruskan perniagaan.

Hari demi hari, perkara ini kemudiannya akan membuatkan para usahawan mula tawar hati untuk berniaga. Tambahan pula bila sudah mempunyai perniagaan tapi masih gagal membuang perangai tidak mahu meluaskan rangkaian. Itu belum lagi masuk bab pengurusan syarikat, belum apa apa sudah mula menggaru kepala.

Berpaksi pada punca masalah, ia sebenarnya adalah mengenai ilmu perniagaan yang rata rata usahawan hanya sekadar terjah, sudah terlanggar baru terngadah. Berdiri di atas kesedaran ini, TERAJU telah diwujudkan bagi membantu anda merebut pelbagai peluang yang ditawarkan.

TERAJU sebenarnya merupakan game changer dalam memperkasakan agenda pembangunan perniagaan Bumiputera. Jika sebelum ini anda hanya mendengar kata orang, apa salahnya kali ini anda jejakkan kaki sendiri di program Memacu Agenda Bumiputera 2017 yang akan diadakan pada 18 dan 19 April ini, bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Antara perkara yang akan diberikan tumpuan pada program itu nanti ialah:

TERAJU akan memberui tumpuan kepada bidang berikut:

i. Keusahawanan dan penciptaan kekayaan
ii. Pembiayaan
iii. Pendidikan dan Penggajian
iv. Penilaian Institusi & Polisi
v. Pengurusan Stakeholder

Program yang diadakan di Dewan 1 dan 2 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini juga turut menghimpunkan barisan usahawan yang sudah berjaya. Inilah peluang untuk mendengar sendiri mengenai pengalaman mereka selain mampu untuk membina rangkaian yang lebih jitu dalam memacu perniagaan dengan lebih meluas.

Hadir & Jangan Lepaskan Peluang Untuk Ikuti Aktiviti:

* Peluang perniagaan dan pelaburan baru
* Bisnes Coaching
* Pocket Talks bersama usahawan Bumiputera yang berjaya
* Sesi pitching program SUPERB
* Persembahan kebudayaan dan fesyen oleh pemenang program SUPERB

Lebih menarik lagi, bagi anda yang betul betul mahu mendapatkan peluang untuk bertemu dengan usahawan Bumiputera yang sudah berjaya, inilah masa yang paling sesuai. Ilmu dan juga perkongsian daripada mereka yang sudah berpengalman ini pastinya memberikan anda pandangan yang lebih luas tentang cabaran sebenar dunia keusahawanan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan juga update terkini tentang TERAJU, layari www.teraju.gov.my dan Facebook @terajuofficialpage.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...