Spekulasi ini bukanlah kali pertama bertebaran, mungkin jarang memuat naik gambar bersama membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai status terkini hubungan Zahirah Macwilson dan kekasihnya, Zul Ariffin. Kalau diperhatikan pun, memang lama benar pasangan ini tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis hiburan yang dibuat.
BACA: Zahirah MacWilson Nafi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin
“Hubungan kami baik-baik saja, cuma kami memilih untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini. Cukup hanya saya dan Zul saja yang tahu. Lagipun saya lebih selesa hubungan ini tidak diperkatakan umum. Saya tidak kisah apa andaian orang. Saya bahagia bersamanya meskipun jarang muncul bersama di mana-mana,” katanya kepada Harian Metro.
Kerana terlalu sering menjawab pertanyaan mengenai soal hubungan mereka, Zahirah sepertinya sudah kebal dan tidak mahu mengambil pusing dengan andaian orang tentang hubungan cintanya. Sebelum ini juga, Zahirah pernah beberapa kali menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan hubungannya dengan Zul sudah lama berakhir.
Malah jelasnya lagi, beliau dan Zul sendiri memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita dan menjaja kisah cinta mereka kepada umum. Mungkin juga mereka gemar kisah cintanya kekal privasi walaupun dengan peminat. Apapun Zahiran tegas mengatakan mereka masih bahagia. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW