Sebelum ini Fasha Sandha ada mengakui sedang berkenalan rapat dengan seorang jejaka. Namun sehingga ke hari ini identiti jejaka itu masih tidak didedahkan. Menerusi ruangan Cik Pang, Fasha ada memuat naik gambarnya bersama jejaka itu ketika menyambut hari jadinya baru-baru ini. Memang boleh tahan kacaknya, memang sangat sesuai dengan Fasha.
BACA: “Kekasih Saya Dah Jumpa Anak Anak”
“Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha ada memberitahu yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi identiti jejaka itu masih tidak pernah didedahkan. Bagaimanapun sewaktu sambutan ulang tahun hari lahir Fasha Selasa lalu, ada sumber menyampaikan pada teman Cik Pang yang lelaki dimaksudkan itu turut hadir”
“Ada sumber menunjukkan jejaka itu ada bergambar dengan Fasha dan turut dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram miliknya. Bila Cik Pang menatap gambar itu, ternyata lelaki terbabit nampak segak. Orangnya bukan saja tampan, tetapi wajahnya juga sangat redup. Bak kata orang, sejuk mata memandang,” tulisnya menerusi Harian Metro.
Setakat ini Fasha masih berteka-teki dengan identiti sebenar jejaka itu, mungkin kerana masih di dalam fasa berkenalan. Sebelum ini juga, Fasha ada memberitahu beliau sudah membawa lelaki itu berjumpa dengan dua anaknya. Namun kalau benar gosip ini, memang sama manis sama padan! (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW