Enggan dilihat mencari publisiti murahan berhubung dengan kenyataan bapanya sebelum ini, Serina Redzuawan menganggap perceraian yang berlaku terhadapnya sebagai tiada jodoh. Walaupun kenyataan Che Wan sebelum ini dilihat menyalahkan menantunya ke atas keretakan yang berlaku, namun Serina memilih untuk menjaga maruah suaminya.
BACA: “Kau Ingat Kami Dari Keluarga Bangsat Ke?”
“Saya anggap jodoh kami tidak panjang. Saya kena jaga maruah dan air muka dia (suami). Apatah lagi dia adalah bapa kepada anak-anak saya. Saya bukan ingin meraih simpati mahupun publisiti murahan. Cuma saya minta peminat doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga. Apa-apapun, ia (cerai) masih dalam proses lagi dan kami belum berpisah”
“Saya reda dengan qada dan qadar. Jangan pernah menyalahkan takdir dan jodoh, pasti ada hikmah serta rahsia
Sebelum ini, Chef Wan pernah menyatakan bahawa Serina tidak pernah bahagia selama 7 tahun berkahwin dengan jejaka mat salleh itu. Dalam masa yang masa, Che Wan turut lantang menyifatkan sikap menantunya, Gavin Edward O’luanaigh yang tidak bertanggungjawab dan kedekut kerana keenggananya memberikan nafkah terhadap isteri selama berkahwin.
Bagaimanapun bagi Serina, menempuh proses perceraian setelah 7 tahun membina perkahwinan bersama suami bukanlah mudah. Dengan itu beliau redha dengan apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya serta berserah kepada Allah dalam meneruskan kehidupan. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Ibu Tunggal, Duda Antara 4 Orang Suruhan Along Did ...

Tawar Khidmat Peguam Tapi Tak Dipilih, Dr Akmal Bi ...

Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun, ...

Kenduri Arwah Bapa Bertukar Untuk Diri Sendiri Dan ...