loading...

“Berita Saya Nak Kahwin Hanya Khabar Angin”

Baru-baru ini kedengaran gosip mengenai pernikahan diantara Yuna dan kekasih hatinya, Adam Sinclair. Perkahwinan itu khabarnya akan berlangsung pada awal Ogos depan. Bagaimanapun empunya badan menafikan berita tersebut dan menyatakan keadaan dirinya yang masih tidak mempunyai perancangan untuk ke perkahwinan.

BACA: Yuna, Adam Sinclair Kahwin Awal Ogos?

“Berhubung desas desus pertunangan dan perkahwinan yang tersebar, itu semua khabar angin semata-mata. Saya setakat ini tidak ada sebarang perancangan. Saya berharap, tiada lagi spekulasi seperti ini,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai gosip pernikahanya.

Terdahulu, Yuna bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Ogos depan bersama pilihan hatinya. Biarpun sebelum ini Yuna tidaklah begitu terbuka mengenai hubungan cintanya, namun ramai mendakwa mereka sememangnya mempunyai hubungan istimewa.

Bahkan ini bukanlah kali pertama kontroversi berhubung pernikahan dan pertunangan penyanyi antarabangsa itu bertebebaran. Sebelum ini juga Yuna dikatakan telah mengikat tali pertunangan dek kerana Yuna memuat naik gambarnya dan Adam memakai pakaian sedondon. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...