loading...

Sekitar Resepsi Perkahwinan Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Setelah selamat diijabkabulkan pada 31 Mac lalu, sebuah majlis persandingan bagi pihak pengantin lelaki, Sharnaaz Ahmad telah diadakan di Pulau Pinang. Majlis yang cukup meriah itu juga turut mendapat perhatian peminat di Instagram Sharnaaz.

BACA: Gambar Sekitar Resepsi Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Pada majlis ijabkabul pasangan ini, Sharnaaz telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Manakala mas kahwin pula sebanyak RM 1000 dan wang hantaran dirahsiakan.

Apa yang lebih penting, memahami ketua keluarganya itu adalah pelakon, sebelum ini Nabila pernah menyatakan keyakinannya terhadap Sharnaaz mengenai batasan suaminya itu untuk berlakon dengan pelakon wanita lain. Sementara Sharnaaz pula mengimpikan kehidupan keluarga dengan anak yang ramai.

Apa pun, semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah. Pastinya selepas ini ramai yang ternantikan perkongsian gambar percutian bulan madu mereka di Itali tidak lama lagi. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...