loading...

Suami Tidak Beri Nafkah, Serina Redzuawan Tuntut Cerai

Sikap kedekut suami dan gagal memberikan nafkah antara punca Serina Redzuawan nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar. Perkara itu disahkan sendiri oleh bapa Serina, Chef Wan yang turut sedih dengan pergolakan rumah tangga yang menimpa anaknya.

BACA: Serina Redzuawan Tutup Mulut Soal Keretakan Rumah Tangga

“Anak perempuan saya sedang memfailkan perceraian dan dia akan melalui beberapa prosiding untuk memperjuangkan hak dan keadilan. Berat mata memandang, berat lagi bahu Serina yang memikul sepanjang enam setengah tahun menjalani perkahwinan yang tidak bahagia”

“Dalam mana-mana perkahwinan sekalipun, seorang isteri perlu dimanjakan suami, tetapi sayangnya anak saya bekerja teruk ke sana-sini mencari rezeki dan sebagai seorang ayah, sudah semestinya saya sedih. Bekas isteri saya pun menerima RM3,000 sebulan bagi perbelanjaan harian dan saya membelikannya sebuah apartmen”

“Cukuplah. Jika tidak mahu mendengar nasihat bapa mentua, saya rasa, sampai sini sahajalah. Saya percaya, Serina layak mendapat kehidupan yang lebih baik,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai status perkahwinan anak perempuanya itu.

Sebelum ini pelbagai spekulasi mengenai masalah rumah tangga anak chef selebriti itu termasuk tindakan Serina yang hadir ke mahkamah syariah untuk proses bercerai. Bagaimanapun Serina enggan memberikan sebarang komen mengenainya namun Chef Wan hari ini membuat keputusan untuk mendedahkan segalanya bagi menghentikan kontroversi. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...