loading...

Johan Nasihat Zizan Razak Untuk Cepat Kahwin

Siapa tidak tahu hubungan akrab antara Johan Rajalawak dan Zizan Razak. Melihatkan Johan yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak pasti membuatkan Zizan juga tidak sabar untuk berkahwin. Malah Johan juga akui mereka sering berbincang mengenainya sehingga supaya Zizan dapat menemui makna kehidupan yang sebenar dalam perkahwinan.

BACA: “Saya Tak Nak Anak-Anak Tinggal Solat”

“Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. Dia juga kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya berkahwin dengan cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan yang sebenar”

“Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.

Bagi Johan, setiap individu yang berkahwin pasti akan bersikap lebih matang biarpun masih di usia muda kerana pengalaman berumah tangga itu sendiri banyak mengajar manusia menjadi insan yang lebih baik. Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti jelita seperti Juliana Evans, Emma Maembong dan yang terkini, Mira Filzah. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...