loading...

Rita Rudaini Tidak Kisah Bermadu

Nampaknya tidak habis lagi kisah kontroversi Rita Rudaini bermain cinta dengan suami orang, Aqasha diperkatakan. Kali ini pula Rita memberitahu beliau bukan seorang anti-poligami, dalam erti kata lain dirinya tidak kisah andai bermadu. Kenyataan itu dibuat berikutan peminat mempertikaikan prinsip pelakon itu yang dulunya benci benar dengan perampas suami orang.

BACA: Rita Rudaini: Tanyalah Aqasha Sendiri

“Saya tidak pernah cakap anti -poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang. Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah”

“Sedangkan dalam agama sendiri juga dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan yang tertentu, kenapa pandang keji. Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah. Sedangkan adalah lebih baik bernikah berbanding buat hal tak betul ke hulu ke hilir”

Bukan itu sahaja, malah ada juga mulut lain mengatakan Rita dan Aqasha sudah bernikah di Siam secara diam. Menyedari gosip tersebut dek kerana dulunya beliau pernah bernikah di sana, Rita merasakan ianya tidak adil. Malah katanya, tiada sebab masyarakat memandang hina dengan tindakan tersebut kerana apa yang penting adalah bernikah.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana isu itu berbangkit. Kalau kerana sebelum ini saya pernah berkahwin di sana dan mereka terus kaitkan, itu tidak adil. Kahwin di mana sekalipun tidak salah selagi ikut hukum hakam agama. Saya hairan mengapa masyarakat suka memandang hina perkahwinan di Siam,” jelasnya kepada Projek MMO mengenai kontroversinya itu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...