loading...

“Kau Ingat Kami Dari Keluarga Bangsat Ke?”

Pernah makan garam terlebih dahulu dalam bab perkahwinan serta tidak mahu penceraian anaknya menjadi spekulasi tanpa berasaskan cerita yang sebenar, Chef Wan tampil berkongsi kisah yang terjadi di sebalik keruntuhan rumahtangga anaknya, Serina Redzuawan.

BACA: Peminat Kritik Chef Wan Muat Naik Gambar Separuh Bogel

Melalui perkongsian panjang lebar di Instagram, secara ringkasnya apa yang terjadi di dalam rumahtangga Serina adalah pihak suami yang enggan memberikan nafkah kepada bekas isterinya sekaligus mengheret kepada pemfailan penceraian daripada Serina sendiri.

Tambah Chef Wan lagi, dia juga sudah beberapa kali menasihatkan menantunya itu tentang kepentingan dirinya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan juga pemberian nafkah setiap bulan namun perkara tersebut tidak diendahkan membuatkan Serina tidak bahagia sepanjang lebih 6 tahun berkahwin.

I told my son in law dont bea cheap fucking bastard“! Kasi kan. Kau nak sangat kan. Kau ingat kita datang dari keluarga yang bangsat ke? Even my ex wife pun saya kasi RM3,000 sebulan for her living allowances and bought a 3 bedroom apartment for her and you know how generous I am to all my grandchildren too! Enough is enough. So jika tidak mahu mendengar nasihat bapa mertua, rasa saya sampai sini sahajalah,” antara luahan hati chef selebriti tersebut di Instagram.

Serina sebelum ini mengambil keputusan berdiam diri daripada berkongsi punca utamanya memfailkan penceraian. Namun sebagai bapa yang mengetahui perkara sebenar, Chef Wan menjelaskan situasi sebenar.

Tahniah Chef Wan kerana menjadi lelaki yang bertanggungjawab bukan saja terhadap bekas isteri malah kepada ibu dan seluruh keluarganya. Menyifatkan tindakan Serina adalah perkara yang betul dan bersyukur di atas hal itu, peminat juga turut mendoakan agar Serina tabah dalam mengharungi kehidupan bergelar ibu tunggal. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...