Pernah menyatakan bahawa dia ingin memberitahu mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan juga perniagaan. Fazura mengakui bahawa dia juga mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dan berkeluarga.
BACA: Kerana Pertikai Iman, Fazura Jadi Perhatian Di Twitter
“Faz tak tahu bila jodoh akan sampai. Sebagai manusia biasa, pasti Faz juga ingin berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri,” katanya kepada BH Online baru baru ini. Namun buat ketika ini nampaknya Fazura begitu sibuk dengan kerjaya.
Sebelum ini Fazura pernah menjelaskan bahawa dia belum cukup bersedia untuk berkahwin malah gosip yang pernah timbul khabar angin bahawa Fazura menjalin cinta dengan lelaki Inggeris bagaimanapun menurut empunya badan, lelaki berkenaan hanyalah kawan sahaja.
Apa pun, semoga satu hari nanti Fazura akan bertemu juga jodohnya. Mungkin juga jodoh akan hadir di waktu yang tidak terjangka. Selagi masih fokus dengan kerjaya, apa salahnya berikan sepenuh tumpuan, bukan? (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW