Menjadi selebriti bukanlah mudah, hati harus kental menerima cacian peminat yang hanya menghukum menggunakan luaran semata. Begitulah yang boleh digambarkan luahan hati Neelofa yang kini sudah kering menghadapi kutukan peminat yang merasakan ada sahaja yang tidak betul sejak dari fenomena Lofattah melanda industri hiburan hingga kini.
BACA: Neelofa Kembali Berlakon Dengan Fattah Amin
“Bohong jika saya mengatakan tidak tertekan kerana dugaan yang menghimpit pada kali ini agak berbeza. Ini ujian yang paling berat saya hadapi, terutama kontroversi yang melingkari ini berkait rapat dengan perasaan peminat. Secara jujur saya sudah tidak kisah atau mengambil pusing lagi apabila berterusan dikecam dan dicaci oleh peminat”
“Ada peminat terlalu obses hingga kisah saya dan Fattah menjadi luar biasa. Mereka tidak boleh menerima apabila kami ditakdirkan hanya serasi sebagai kawan. Saya melihat apa yang saya dan Fattah lalui sama seperti era kemuncak Awie dan Erra Fazira dulu. Walaupun mereka tidak ditakdirkan bersama, peminat tetap menyimpan harapan”
Terbaru pelakon dan pengacara itu sekali lagi dihimpit kontroversi apabila tampil berseluar ketat pada sidang media sebuah acara hiburan. Ramai mengecam Neelofa yang dilihat tidak sesuai memakai pakaian ketat sebegitu memandangkan dirinya bertudung dan memegang status Hajah.
“Sebelum ini saya mudah terasa hingga hidup berendam air mata tetapi semua itu saya sudah buang. Ketika dikutuk dan dikritik gara-gara berseluar ketat pada sidang media Anugerah Meletop Era 2017, saya sudah malas memikirkannya. Kutuk dan kejilah kerana saya tidak kisah lagi,” luahnya kepada Berita Harian Plus mengenai segal kontroversi yang melanda. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW