loading...

“Saya Tak Nak Anak-Anak Tinggal Solat”

Tidak dinafikan ramai mengangumi keluarga Johan Rajalawak dan isteri, Ozlynn mendidik anak-anak mereka. Lihat sahaja di Instagram, tidak pernah sehari mereka tidak solat berjemaah bersamadi rumah. Perkara itu turut diakui Johan sendiri yang memilih untuk mengajar anak-anaknya berdisiplin terutama perihal solat sejak mereka kecil lagi.

BACA: Johan, Ozlynn Tak Mewahkan Anak Anak

“Saya tidak pernah mengajak anak-anak saya solat tetapi dari kecil saya ajar mereka hormat waktu solat. Di rumah, bukan saya dan isteri sahaja akan solat berjemaah tetapi pembantu rumah juga. Waktu itu segala kerja perlu ditinggalkan. Jika anak-anak menangis pun waktu sedang berjemaah, kami biarkan sahaja dan teruskan solat seperti biasa”

“Minggu pertama mungkin mereka tidak faham tetapi bila perkara tersebut (berjemaah) dilakukan setiap hari mereka sendiri faham dan tidak menangis lagi. Selepas itu mereka sendiri akan ikut kami solat walaupun hanya meniru gaya tanpa bacaan”

“Bila saya lihat mereka sudah boleh ikut bacaan dalam sembahayang, saya mula ajar mereka demi sedikit. Alhamdulilah, waktu solat adalah waktu kami semua bersama di rumah. Saya mahu bila saya tiada nanti, mereka tetap akan mendirikan solat,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Seperti ramai yang tahu, sikap Johan di kaca televisyen memang kelakar namun katanya, beliau seorang yang berbeza apabila mendidik anak-anak. Peminat yang sering mengikuti perkembangan keluarga ini di laman sosial pasti tahu bertapa garangnya Johan tetapi sangat penyayang! (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...