Kebelakangan ini sering sahaja mendengar gosip mengenai pasangan sama padan, Mira Filzah dan Zizan Razak. Meskipun masing-masing menafikan andaian ramai bahawa mereka kini sedang hangat bercinta, namun nampak gayanya peminat tidak putus mengandingkan mereka berdua sehingga ada yang bertanya jika Mira sudah bersedia untuk berkahwin.
BACA: Sekitar Majlis Sambutan Birthday Mira Filzah
“Saya tidak tertekan sehingga membuat keputusan mahu berkahwin dengan segera. Malah pada usia 24 tahun kini, saya masih belum lagi terfikir untuk berkahwin. Sasaran tahun bila ataupun umur berapa saya bakal menamatkan zaman bujang pun belum lagi saya fikirkan. Semua itu adalah jodoh dan sama ada cepat atau tidak, saya serahkan kepada Allah”
“Sebelum ini saya ada berlakon dengan Zizan dan nampaknya peminat suka dengan keserasian kami. Mungkin itu yang membuatkan mereka mula cuba untuk menyatukan kami sebagai pasangan kekasih di alam realiti. Saya sendiri tidak terkesan dengan peminat yang berkata mengenai hubungan kami. Saya tahu yang berlaku antara kami,” katanya kepada Utusan Online.
Sementara itu, Mira akui keserasian antara mereka seakan menjadi apabila peminat mula menyukainya dan sekaligus menjadikan promosi sesuatu projek itu lebih mudah. Sebelum ini pernah juga kecoh hubungan cinta diantara mereka namun Zizan mengatakan hubungan itu tidaklah serapat yang disangka biarpun dilihat beberapa kali menghadiri acara bersama. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW