loading...

Anzalna Nasir Takut Tinggalkan Suami Di Rumah

Tidak dinafikan memang sudah lama rasanya tidak melihat kelibat Anzalna Nasir berlakon di kaca televisyen. Setelah setahun tidak berlakon, Anzalna akui rindu dengan kerjayanya itu namun masih berat hati untuk meninggalkan suami kesayangan di rumah sendirian.

BACA: Belum Hamil, Anzalna Masih Dalam Fasa Bulan Madu

“Saya tak rasa kekok kembali berlakon, cuma tengah fikir siapa nak jaga suami di rumah. Tapi saya sudah set dalam fikiran bahawa saya perlu kembali berlakon, namun pada masa sama suami tetap kena jaga. Kalau nak ikutkan hati memang tak sedia lagi nak tinggalkan suami, tapi duduk di rumah sahaja pun bosan juga, kena bekerja,” katanya kepada m Star Online.

Kalau diikutkan kali terakhir Anzalna muncul di televisyen ialah menerusi drama Memori Cinta Suraya. Dengan itu tidak lama lagi Anzalna bakal terlibat dalam drama bersiri 100 episod berjudul Tuscan Passion yang akan memulakan pengambaran awal bulan ini.

Manakala apabila ditanya mengenai cahaya mata pula, Anzalna memberitahu dirinya dan juga suami telah lama bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat namun mereka menyerahkan soal itu kepada rezeki yang Maha Esa. Pun begitu, beliau tidak tertekan jika sekiranya ramai pihak sering mengajukan soalan tersebut kepadanya. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...