Menyambut ulangtahun kelahiran anak perempuannya, Engku Aleesya baru-baru ini, Erra Fazira akui sebagaimana anaknya kini kian membesar dan memahami situasinya dan bekas suami, Engku Emran, beliau sering ditanya mengenai pengganti hidupnya. Malah anaknya juga pernah beberapa kali mengajukan keinginannya untuk mendapat adik baru.
BACA: Erra Fazira Buat Kejutan Untuk Shahir Di Instagram
“Saya hanya memberitahu Aleesya dia perlu menunggu kerana jika bukan saya, mungkin ayahnya yang akan menjadikan keinginannya itu sebagai realiti. Saya langsung tidak tertekan kerana memahami mungkin Aleesya kesunyian tanpa teman untuk bermain”
“Terasa pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia lapan tahun. Banyak perbezaan yang saya lihat dalam dirinya dan paling penting, Aleesya membesar seiring usia. Alhamdulillah, Aleeysa tidak merasai kekurangan, malah mengerti situasi ibu dan bapanya yang tidak lagi hidup bersama,” katanya kepada Berita Harian Plus mengenai perkara itu.
Selepas berakhirnya perkahwinan diantara Erra dan bekas suami pada 2014 lalu, hangat diperkatakan pula gosip diantara beliau dan penyanyi, Shahir AF. Biarpun tidak mendedahkan terlalu banyak mengenai gosip itu, Erra tidak mula melatah dan memilih untuk berdiam diri.
Apapun baru-baru ini Erra telah mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aleeysa yang ke 8 tahun. Majlis yang cukup meriah itu turut dihadiri beberapa selebriti seperti Yana Samsudin dan suami, Zahida Rafik, Ummi Aida dan juga Engku Emran. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar sambutan hari jadi Aleesya. Enjoice! (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW