Serba salah ingin mengulas kenyataan yang pernah dikeluarkan bekas kekasih, Aiman Hakim yang masih menyayanginya, Fathia Latiff pasrah dan menyerahkan jodoh itu kepada Yang Maha Kuasa. Dalam masa yang sama, Fathia juga enggan mengatakan sesuatu yang boleh melukakan mana-mana pihak dan tidak menolak andai ketentuan takdir menyatukan mereka di masa depan.
BACA: Aiman Hakim Akui Masih Sayang Fathia Latiff
“Ya, saya ada dengar mengenai cerita itu. Pada saya, apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu. Cuma saya faham, kadang-kadang hati dan perasaan tidak boleh dikawal. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa. Manalah tahu, satu hari nanti pintu hati ini terbuka untuknya”
“Bagaimanapun, buat masa ini saya hanya ingin memfokuskan pada lakonan dan perniagaan, selain mahu menjadi contoh terbaik kepada remaja sekarang,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kenyataan bekas kekasih yang masih tidak dapat melupakannya.
Biarpun suatu ketika dulu, hatinya pernah dilukai, namun Fathia akui dirinya tidak pernah serik untuk berkawa dengan lelaki tetapi katanya, untuk mencari lelaki yang sesuai dijadikan calon kekasih memang sukar. Terdahulu, Aiman dengan terbuka mengakui masih tidak dapat melupakan Fathia sepenuhnya selepas pernah bercinta dengannya selama empat tahun. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW