loading...

Video : Rayuan Ditolak, Anwar Kekal Dipenjara Lima Tahun

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dipenjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakannya, hari ini.

 

Bekas Ketua Pembangkang itu gagal mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tersebut yang dikekalkan oleh satu panel lain pada 10 Februari tahun lalu.

Setakat ini, Anwar telah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan.

 

Panel lima hakim mahkamah tertinggi negara yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mencapai keputusan sebulat suara itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.

 

Keputusan tersebut memuktamadkan perjalanan kes liwat II wakil rakyat pembangkang itu berlarutan sejak lapan tahun lalu yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya pada 28 Jun 2008.

 

Yang bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Bagaimanapun, Hakim Malanjum tidak hadir kerana urusan kematian keluarga.

 

Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakiman itu antara lain menyatakan permohonan itu tiada merit dan tidak sempurna untuk membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya menyemak keputusan tersebut.

 

Anwar, 69, diwakili oleh pasukan peguam bela diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mengetuai pasukan pendakwaan.

 

Beliau memohon menyemak dan mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

 

Anwar disabitkan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...