loading...

Video: Rakyat Kedah Kecewa Dengan Mahathir, Kata Bashah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat Kedah kecewa apabila bekas wakil rakyat negeri itu yang juga merupakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpimpinan tangan dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam konvensyen DAP pada hujung minggu lalu.

 

 

 

“Walaupun dia daripada Kedah, tapi itu agak mengecewakan kebanyakan rakyat Kedah rasa tak sepatutnya perkara itu berlaku kerana selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, semua kata-kata sepanjang pentadbiran Tun M begitu banyak kalau kita nak ketengahkan, sekaranang ini baru lah cakap dia dah berubah.”

 

 

 

“Jadi rakyat kenalah menilai apa yang telah berlaku kepada siri Tun M kerana mungkin dendam kesumat sampai sanggup melakukan perkara yang mengecewakan, terutamanya sekali orang melayu”, katanya ketika ditemubual media.

 

 

 

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum itu merasmikan majlis menandatangani mou perjanjian antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Property Builder Sdn Bhd di Hotel Mandarin Oriental siang tadi. – Suara TV

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...