loading...

Video: NGO Desak Majlis Peguam Jangan Lindungi Penjenayah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) membuat penyerahan memorandum kepada majlis peguam (Bar Council) memohon menasihati para peguam tidak lagi membela penjenayah.

 

 

 

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Peguam Malaysia, Rajen Devaraj.

 

 

 

 

Presidennya, Ramesh Rao berkata, sejak kebelakangan ini pelbagai kes jenayah semakin meningkat, dan biarpun ditangkap dengan bukti, pesalah kadangkala membebaskan diri atas faktor teknikal dan kepakaran peguam yang mewakili penjenayah tersebut.

 

 

 

 

” Kita cuba nak kurangkan gejala jenayah di Malaysia sehingga 50 peratus. Banyak terbukti penjenayah begitu senang bebaskan diri, dan kita boleh tengok kadang-kadang tak cukup bukti mereka boleh terlepas. Dan kita juga mahu majlis peguam mengusulkan tiada jaminan untuk jenayah berat macam kes bunuh kalau ada bukti, jangan bagi jaminan di mahkamah.”

 

 

 

 

“Kalau dibiarkan, jenayah akan berulang. Kalau kita tengok penjenayah yang terlepas dari hukuman akan mengulangi semula kesalahan yang sama”, katanya lai. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...