loading...

Video: 11 Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor Gesa Rombak FAS

SHAH ALAM – Lebih 11 kelab penyokong pasukan bola sepak Selangor menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi menggesa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dibubarkan.

 

Kelab-kelab yang bernaung di bawah Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan) itu mengesa FAS dirombak kerana mendakwa pentadbirannya di bawah Rosman Ibrahim selaku Setiausaha Agung kini jelas mengkucar-kacirkan skuad The Red Giants.

 

Presiden Gabungan, Mohd. Faizal Wahud berkata, mereka juga menuntut supaya tugas pengurusan dan kejurulatihan pasukan Selangor diserahkan kepada individu yang terbukti berkaliber.

 

Memorandum itu diterima oleh Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar Selangor, Shahril Said di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. – UTUSAN

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...