loading...

PAS Tolak Cadangan Muhyiddin, Tetap Tak Mahu DAP Dan AMANAH

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.

 

Cadangan yang dibuat pada acara “Ceramah Mega Rakyat” anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

 

Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.

 

“Bagi PAS, kami ada hubungan dengan PKR. Tetapi perbincangan dengan BERSATU masih berterusan,” ujar beliau semasa ditemui pemberita kemudiannya.

 

Pemimpin nombor dua PAS itu berkata, semua parti pembangkang lain harus bersetuju dengan syarat untuk tidak bertanding di 70 kerusi PAS sebelum boleh membuat konsensus dan kerjasama.

 

“Ini adalah syarat wajib. Setiap kali kita bertanding (dalam pakatan pilihan raya), kami korbankan kerusi (dengan membenarkan parti lain untuk meletakkan calon). Cukup-cukuplah. Tiada kompromi (kali ini),” katanya.

 

Muhyiddin yang terlibat dalam rundingan panjang selama berminggu-minggu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sekali lagi cuba untuk memujuk parti Islam itu agar menyertai pakatan pembangkang.

 

Beliau memberi amaran bahawa sejarah membuktikan bahawa PAS berisiko kalah apabila berjuang sendirian dalam pilihan raya.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...