Jika wanita baru bersalin, tempohnya belum habis pantang. Tak cukup 44 hari selebriti Nur Fathia Latiff mengundang marah sekali lagi.
Jika pada hujung Oktober dulu Nur Fathia ditegur kerana dianggap mempersenda pakaian seragam tentera, kali ini pelakon siri Rumi & Jawi itu menyebabkan rasa marah kakitangan kabin syarikat penerbangan.
Puncanya, Nur Fathia didakwa mengaibkan seorang kru pesawat udara selepas kakitangan itu dikatakan enggan mengangkat bagasi pelakon terbabit.
Dalam kenyataan dikeluar Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam) memberitahu mengangkat bagasi bukan tugasan yang mesti dilakukan kru kabin sesebuah syarikat penerbangan.
“Mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan penumpang sambil memberi layanan mesra di dalam pesawat.
“Yang menimbul persepsi dalam isu ini ialah apabila pramugari tersebut tidak membantu beliau mengangkat bagasi beliaunya dan itu mungkin menimbulkan kemarahan pada artist tersebut.
“Tetapi ia bukan tugas seorang anak kapal untuk mengangkat bagasi penumpang. Mereka cuma boleh membantu jika perlu,” katanya.
Semalam Nur Fathia dikatakan memuat naik gambar dan kenyataan di media sosial dengan mengadu ada pramugari enggan mengangkat bagasinya dan memberi alasan mengalami sakit belakang.
“Get some rest la tak payah kerja kalau ada back ache. Kudos @masMalaysia,” katanya di Twitter.
Turut disertakan bersama catatan itu ialah gambar seorang wanita dipercayai pramugari yang dimaksudkan Nur Fathia.
Segera redakan keadaan
Bagaimanapun semakan Malaysiakini pada malam ini mendapati tweet berkenaan sudah tiada pada paparan akaun Nur Fathia.
Sebaliknya ada dua tweet dimuat naik pada akaun itu dipercayai ada kaitan dengan insiden berkenaan.
“I didnt c.o.m.m.a.n.d her to carry the bag. I was just asking her f.a.v.o.r to assist me to put the bag in the overhead compartment.
“She x have to be rude by raising her voice and making faces. It doesnt matter wherever u sit. Economy or business. Etiquette is etiquette,” tulisnya.
Kata Nufam tindakan Nur Fatihah telah menimbulkan kemarahan kru kabin yang menyifatkan dia sebagai kurang sopan.
“Gambar kru tersebut tidak seharusnya diviralkan di media sosial atas sebab ini.
“Kami ingin menasihati supaya beliau memohon maaf atas perbuatan beliau dan turunkan gambar dan kenyataan beliau dari laman sosial secepat mungkin bagi meredakan keadaan ini,” kata Nufam.-Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW