loading...

Bendera Yang di-Pertuan Agong Dinaikkan Di Istana Balai Besar, Kota Bharu

KOTA BHARU – Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar di sini, pada 12 malam tadi.

 

Istiadat menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim.

 

Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja.

 

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun, bermula 13 Disember. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...