loading...

Telaga Minyak Di Iraq Masih Terbakar

Iraq telah memadamkan kebakaran di enam telaga minyak di rantau Qayyara, selepas tentera Iraq berjaya menawan semula kawasan itu daripada IS bulan lalu.

 

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya tiga lagi telaga minyak masih terbakar, kata kementerian minyak.

 

Kumpulan militan telah sabotaj kemudahan Qayyara dengan membakar telaga minyak dan mengalirkan minyak ke jalan raya sebelum melarikan diri.

 

Pihak berkuasa berkata, mereka telah memadamkan kebakaran empat telaga pada minggu lalu.

 

Namun wartawan Reuters yang melawat bandar itu masih dapat melihat api berkepul-kepul di udara.

 

Seorang pegawai tentera di kawasan itu turut mengakui masih berlaku kebakaran di kawasan itu.

 

“Memadam kebakaran terdiri daripada mengeluarkan bahan letupan daripada telaga ini, mengeluarkan api dan mencegah minyak mentah daripada bocor ke dalam sungai untuk mengelakkan pencemaran,” kata jurucakap kementerian.

 

Halangan turut perlu dibina untuk mengelakkan minyak daripada tumpah dan sampai ke kawasan perumahan.

 

Tiga telaga yang berada di luar kawalan pasukan keselamatan akan dipadamkan sebaik sahaja mereka telah berjaya menawan semula.

 

Rantau Qayyara menghasilkan minyak mentah masam berat dan mempunyai kilang kecil untuk memproses minyak.-Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...