loading...

200,000 Disekat Masuk Mekah

Sejumlah 188,747 orang dan 84,965 buah kenderaan telah dihalang memasuki Mekah kerana tidak memiliki permit haji, Pengarah Makkah Polis Maj. Gen. Saeed Al-Qarni.

 

Katanya, sebanyak 48 buah bas yang membawa jemaah haram juga telah dirampas.

 

Qarni berkata, pihaknya turut merampas 22 kempen haji palsu semasa pemeriksaan dibuat.

 

Beliau berkata, 109 pusat keselamatan telah ditubuhkan di kawasan sekitar Mekah untuk menghalang kemasukan orang yang bercadang untuk menunaikan haji secara haram.

 

Tahun ini menyaksikan sebanyak tiga juta umat Islam bakal menunaikan haji dan kerajaan Arab Saudi mengetatkan peraturan dalam usaha memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. – MG



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...