loading...

Saya ‘Hantu Pontianak’ Paling Cantik, Kata Maya Karin

KUALA LUMPUR — Walau sudah cukup popular dengan watak hantu, sehingga lekat dengan imej itu, Maya Karin tidak pernah jemu berlakon filem seram.

 

Beliau digelar “pontianak cantik’’ apabila muncul dalam dua filem Shuhaimi Baba, Pontianak Harum Sundal Malam pada 2004 dan sekuelnya setahun kemudian.

 

“Saya tidak bosan berlakon filem seram. Cuma dalam ingatan orang macam filem itu sahaja saya berlakon,” katanya kepada ProjekMMO Sabtu lalu.

 

“Padahal tidak, kerana ada banyak lagi komedi saya buat, macam filem Duyung, filem cinta seperti Pisau Cukur. Cuma watak-watak dalam filem hantu lebih lekat dalam ingatan orang.

 

Maya tidak juga mempedulikan tanggapan peminat terhadap watak-watak tersebut.

 

“Jadi, kenapa pula saya hendak kisahkan? Buat apa saya hendak rasa terhina? Filem Pontianak pun sering diputarkan di televisyen.

 

“Dan ya, saya tidak kisah apa orang cakap. Saya hantu paling cantik,” katanya pada acara karpet merah malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM) di sini.

 

Namun gelaran itu disandang Nabila Huda melalui Munafik, kemenangan pertama kali aktres itu.

 

Jwanita mengisahkan gadis, lakonan Maya, mengalami gangguan mental akibat kisah silam didera keluarga angkatnya sewaktu kecil.

 

Manakala dalam Nota, Maya melakonkan watak Erin yang merancang membunuh suaminya kerana berlaku curang.

 

Mengulas watak impiannya, penyanyi Erti Cinta teringin membawa watak puteri raja yang lasak dan berani seumpama Warrior Princess.

 

“Saya ingin lakonkan watak Warrior Princess tetapi filem macam itu memang agak jarang, bukan? Saya suka watak yang menggabungkan wanita kuat, cantik dan lasak.

 

“Semua itu saya suka dan saya rasa saya boleh bawa watak yang lasak dan pada masa sama cuba kekal anggun. Tetapi itulah, siapa hendak buat filem epik itu?” katanya. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...