loading...

Bersih Bakal Berhimpun November Ini

PUTRAJAYA – Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata perhimpunan Bersih 5 bakal diadakan pada November ini.

 

Beliau berkata, butiran seperti tarikh, lokasi dan tujuan perhimpunan akan didedahkan pada 14 September ini.

 
“Perhimpunan itu bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ‘Malaysian Official 1’ yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB, pada Julai lalu,”katanya memetik laporan sebuah portal.

 
Beliau berkata, tunjuk perasaan bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan kerana rakyat perlu membuat pendirian tegas terhadap apa yang dianggapnya sebagai “rasuah besar dan mengkhianati kepercayaan”.

 
Dalam perhimpunan Bersih sebelum ini, menyaksikan pergaduhan dan ketegangan antara penunjuk perasaan dengan anggota polis.

 
Penganjur gerakan himpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos turut memberi amaran akan bertindak balas dengan mengadakan perhimpunan jika penganjur Bersih 2.0 bertegas hendak mengadakan Bersih 5.

 

 

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, Bersih 5 boleh diteruskan selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman dan tidak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...