KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan LRT dan monorail mohon maaf kepada penumpang yang terpaksa berdepan gangguan dan kelewatan di sepanjang laluan Kelana Jaya pagi tadi.
Katanya, pihaknya mengalami gangguan pada sistem isyarat dan komunikasi yang menyebabkan berlakunya insiden tersebut.
“Gangguan di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi dan terpaksa menutup laluan di beberapa stesen di pusat bandar raya bagi menangani situasi itu,” kata Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah memetik laporan sebuah portal.
Ismail berkata, bas disediakan bagi mengangkut penumpang terkandas dari stesen Sri Rampai ke pusat bandar dan ke beberapa destinasi di KLCC.
Tambahnya, kerja pemulihan sedang giat dijalankan di antara Ampang Park dan Dang Wangi.
Rapid Rail juga memberi jaminan pengguna yang sudah membeli tiket atau dikenakan bayaran boleh mendapatkan wang mereka di semua pejabat khidmat pelanggannya.
Terdahulu, beribu-ribu penumpang terkandas di beberapa stesen LRT di Kuala Lumpur pagi tadi berikutan gangguan elektrik.
Ia menyebabkan kesesakan di beberapa stesen utama termasuk di Masjid Jamek.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW