loading...

Tun Mahathir Dibenarkan Keluar IJN

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada jam 4.30 petang tadi.

 

 

Sebelum ini, bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu dimasukkan ke wad selepas mengalami masalah jangkitan dada pada 9 Ogos dan diletakkan dibawah pemerhatian untuk beberapa hari.

 

 

Menurut kenyataan dikeluarkan IJN hari ini, Tun Mahathir akan meneruskan proses pemulihan melalui fisioterapi di rumahnya.

 

 

Kali terakhir beliau dimasukkan ke IJN ialah pada 16 November, 2013 namun dibenarkan keluar beberapa hari selepas menerima rawatan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...