loading...

Washington Beri Amaran Henti Bantuan Ketenteraan Kepada Filipina

MANILA – Filipina berjanji akan melakukan penyiasatan berhubung laporan peningkatan pembunuhan di luar undang-undang, lapor pihak kerajaan semalam selepas Washington memberi amaran menghentikan bantuan ketenteraan jika negara itu gagal menjaga hak asasi manusia.

 

 

Menurut laporan media tempatan, hampir 1,000 orang telah dibunuh sejak Presiden Rodrigo Duterte memenangi pilihan raya umum pada Mei lepas dan berikrar akan membunuh puluhan ribu penjenayah.

 

 

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada kerajaan Duterte pada Jumaat lepas bahawa jutaan dolar yang diperuntuKkan dalam bantuan ketente­raan kepada Filipina terikat kepada pematuhan undang-undang, proses dan penghormatan kepada hak asasi manusia.

 

 

“Kami bimbang terhadap laporan mengenai pembunuhan di luar undang-undang terhadap suspek yang terlibat dalam akitiviti pengedaran dadah di Filipina.

 

 

“Kami menggesa agar Fi­lipina dapat memastikan usa­ha penguatkuasaan undang-undang adalah sejajar dengan obligasi hak asasi manusia,” ujar kenyataan kedutaan AS.

 

 

Sementara itu, Kementerian Luar Filipina dalam satu kenyataan semalam memberitahu, kerajaan akan mengambil perhatian terhadap pandangan AS dalam isu tersebut dengan menambah Manila memberi fokus kepada pembasmian jenayah dadah dalam kalangan masyarakat.

 

 

“Dalam menyasarkan kepada objektif tersebut, Filipina komited kepada peraturan undang-undang dan perlindu­ngan hak asasi kepada rakyat.

 

 

“Kami tidak menyokong sebarang pembunuhan yang menyalahi undang-undang,” tambah kenyataan tersebut.

 

 

Pihak polis memberitahu sehingga Jumaat lepas, mereka telah membunuh 550 suspek jenayah dadah, manakala menangkap hampir 8,000 orang selepas pilihan raya. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...