loading...

Pandelela, Nur Dhabitah Mara Peringkat Akhir Acara Terjun 10m

RIO DE JANEIRO – Penerjun sensasi negara Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri layak ke peringkat akhir acara terjun 10 meter perseorangan wanita selepas mempamerkan aksi terbaik mereka di Pusat Akuatik Maria Lenk, Barra Da Tijuca pada Khamis.

 

Selesai lima disiplin, Pandelela mengumpul 336.95 mata untuk berada di kedudukan keenam, sementara Nur Dhabitah berada di kedudukan ke-11 dengan mengumpul 307.65 mata keseluruhan.

 

Kedua-dua penerjun negara itu bakal bersaing bersama 10 lagi peserta lain di peringkat akhir, yang bakal berlangsung pada jam 3 pagi (waktu Malaysia) nanti.

 

“Saya rasa gembira dapat ke peringkat akhir, dan saya akan buat yang lebih baik. Setiap peserta akhir dalam acara ini adalah pesaing hebat, maka saya tidak akan pandang rendah pada mereka,” ujar Pandelela kepada wartawan Astro Arena sejurus selesai acara peringkat separuh akhir berkenaan.

 

Berdasarkan pengalaman, Pandelela mampu menempatkan diri dalam kedudukan 10 teratas, manakala bagi Nur Dhabitah, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaannya. – Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...