loading...

Lelaki Menyamar Polis Dan Miliki Pistol Palsu Ditahan

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berumur 24 tahun kerana menyamar sebagai anggota polis di sini, petang Rabu.

 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 petang di Jalan Datuk Tahwil Azar bersama sepucuk pistol tiruan dan alat perhubungan walkie-talkie.

 

“Semasa kejadian, enam anggota polis yang sedang membuat rondaan di belakang sebuah hotel bertembung dengan suspek sebelum menahannya dan membuat pemeriksaan fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis.

 

Beliau berkata, ketika ditahan suspek dari Tanjung Tualang, Batu Gajah itu turut memakai kemeja-T yang mempunyai logo polis.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api, kata Sum. – Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...