loading...

Hajat Vida Tercapai Ingin Lihat Kelantan Beraksi Menentang JDT

Hajat Datuk Seri Vida akhirnya tercapai apabila ingin melihat pemain Kelantan beraksi dengan pasukan JDT di stadium Larkin, Johor sebentar tadi.

 

Beliau yang memuat naik video di laman instagramnya melahirkan rasa teruja apabila perlawanan dalam saingan Liga Super itu bakal menyaksikan perlawanan sengit antara dua pasukan besar itu.

 

“Hari ini saya berada di stadium (Larkin) untuk menyaksikan perlawanan Pamoga Ku Puteh The Red Warrior dengan JDT. Jadi kita tengoklah macam mana (aksi mereka).

 

“Akhirnya penantian saya selama ini saya nak tengok (Kelantan vs JDT) ini adalah ‘challenging game’ bagi kami. Jadi tunggu…selepas ni,”katanya.

 

Terdahulu, Pengurus Kelantan, Wan Badri Wan Omar berkata, walaupun kelebihan berpihak peneraju takhta liga itu kerana bermain di gelanggang sendiri, namun dia percaya pasukannya juga berpeluang mencipta kejutan sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam aksi itu.

 

 

Menurutnya, dia yakin skuad pantai timur itu mampu memberi tentangan ke atas skuad kendalian Mario Gomez walaupun gagal melakar kemenangan ketika bertemu Pahang di Kota Bharu, tempoh hari.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...