KUALA LUMPUR – “Jika dia (Adlin) mahu mengadakan sidang akhbar untuk apa tujuan sekalipun perkara itu terpulang kepada dirinya. Polis akan tetap menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini secara terperinci walaupun dia mendakwa menjadi ‘kambing hitam’ ataupun ‘kambing panggang’,”Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazaree.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan terhadap pembabitan pelakon terkenal, Adlin Aman Ramlie meskipun artis tersebut telah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan berhubung sindiket penipuan skim pelaburan piramid melibatkan kerugian kira-kira RM40 juta.
“Buat masa ini siasatan masih berjalan dan jika ada bukti lengkap pembabitannya dalam sindiket itu, kita akan panggil dia semula. Sebab itu dia diberi jaminan polis dan dibebaskan setelah membantu siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar, semalam.
Terdahulu, Adlin, 44, ditahan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan Jumaat lalu.
Tempoh sepanjang pelakon itu ditahan dan direkodkan keterangan adalah kurang daripada 24 jam.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW